Thursday, April 7, 2011

tiba-tiba terlintas nak berpuitis

Pagi tadi sampai ja di opis, tiba-tiba je teringatkan sesuatu. Bila buka satu blog nihhh, fuhhhh memang terkena habis kat batang hidung nihhhh. Kata-kata ni dipetik dari blog Dunia Sebelah Zara 
(Kedit to shafaza-zara.blogspot.com)


   
Moh la kawan-kawan kita hayati satu persatu. 
 
Hidup.
Bila kita pertaruhkan hidup kita yang kita sayang pada tempat yang salah, kesakitan yang kita terima sungguhlah memeritkan. Hidup hanya sekali, itu yang selalu kita bisikkan pada diri sendiri. Apakah meletakkannya di tempat yang salah, melakukan kesilapan dan kita tidak mahu kembali bangkit dan bernyawa?

Kadangkala, kita buka hati kita pada orang yang salah. Kita berikan yang terbaik pada manusia yang kita sangka ditakdirkan untuk kita walaupun akhirnya benda yang diharapkan langsung tidak terjadi. Tetapi, itu bukan satu masalah sebenarnya. Bila kita yang bertanggungjawab untuk membuka hati kita, maka, kita harus mengambil usaha untuk menutupnya kembali. Kuasa di tangan kita.
Benar bukan?
 

Gambar : Kenapa sepasang kasut kadangkala mempunyai ciri-ciri berlainan daripada sepasang kasut yang sama? Sudah semestinya pemakainya adalah orang yang berbeza. (Shafaza Zara, 2011)



























































                                         





  

No comments:

Post a Comment